Thursday, June 16, 2011

BijaK Air !


Dalam kehidupan seharian kita selalu menggunakan air untuk mencuci, menyiram dan yang paling penting untuk minum.Tapi kita sering sekali tidak sengaja membuang air dengan percuma, padahal banyak lagi orang di sana yang sangat memerlukan air untuk hidup dan tidak untuk dibuang-buang. Oleh kerana, kita mestilah bijak dalam menggunakan air. Air adalah komponen utama untuk kita hidup, jadi janganlah membuang-buang air dengan percuma.
media-newsarchives-23.jpg

TanGani DengAn biJAk !

Saya dapat artikel ini dari akhbar utusan dan mendapati ia amat berguna...


Menurut Perdana Menteri, walaupun negara mempunyai jumlah taburan hujan yang banyak iaitu purata 3,000 mililiter setahun namun masih terdapat masalah bekalan air yang tidak mencukupi di beberapa tempat.
   
"Sebab itu kita melakukan pelbagai strategi dan tindakan supaya keperluan air di kawasan bandar dapat diuruskan dengan sebaiknya.

  "Kerajaan amat prihatin kepada keperluan generasi akan datang, sebab itu kita perlu ambil langkah-langkah yang serius. Kajian juga sedang dilakukan dalam tempoh terdekat ini bagi mendapatkan mandat menerusi peruntukan undang-undang.

  "Selain itu, Dasar Sumber Air Negara dan penubuhan institusi air negara dan negeri akan diwujudkan bagi memastikan pengurusan sumber air dapat dijalankan dengan lebih berkesan," katanya.

AIr Tak berHASil ????


                      NON REVENUE WATER (NRW)


paip-air.jpg
 Tak Berhasil atau Non-Revenue-Water (NRW) adalah jumlah kuantiti air yang dibekalkan kepada pengguna tetapi tidak memberi pulangan hasil kepada syarikat air yang membekalkannya.
NRW juga difahamkan sebagai perbezaan di antara jumlah pengeluaran yang dibekalkan ke dalam sistem agihan dengan jumlah penggunaan sah yang dibilkan.

Dalam sistem pengagihan air, masalah kehilangan air menjadi semakin serius di Malaysia. Menurut Bank Sedunia,
kira-kira 40-60% daripada jumlah air yang dibekalkan telah hilang semasa proses pengagihan air.
Masalah Air Tak Berhasil (NRW) daripada sistem pengagihan air merupakan isu yang amat kritikal dalam industri air.Masalah NRW ini berpunca daripada beberapa komponen, termasuklah kebocoran di dalam sistem bekalan air seperti sesalur utama, sistem pengagihan, retikulasi dan paip perhubungan hingga ke meter pengguna, kesilapan membaca meter air dan juga kecurian air. Kebocoran air adalah satu masalah yang boleh merugikan sumber alam yang sangat berharga. Ia juga memberi kesan kepada ekonomi negara. Kebocoran air pada peringkat awal dalam sistem pengagihan air bukan sahaja menyebabkan kerugian, malah kerugian sampingan lain seperti kerosakan rangkaian paip, gangguan kepada pengguna di kediaman dan merosakkan struktur tanah yang terdapat paip pengagihan di bawahnya.

Di Malaysia, paras semasa kadar air tak berhasil (NRW) secara purata adalah 36%. Negeri Pahang mencatatkan paras peratusan NRW yang tertinggi iaitu sebanyak 52.86 % pada tahun 2008 dan 55.64% pada tahun 2010. Pulau Pinang pula mencatatkan paras peratusan NRW yang terendah iaitu sebanyak 16.9% pada tahun 2008 dan 18.03 % pada tahun 2010.

Bagi menangani isu NRW di Malaysia, SPAN telah mengenal pasti dan merancang pelbagai strategi yang akan menyumbang kepada penurangan paras NRW.